Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Boleh juga dimakan bersama nasi putih panas-panas. Memang terangkat!
Kali ini kami kongsikan resipi ayam goreng berempah yang gerenti sedap dimakan dan sesuai untuk dihidangkan seisi keluarga. Memang terbaik rasa perapannya.
Cara penyediaan pun mudah sahaja. Resipi ini dikongsi oleh Puan Zana Mokhtar di laman facebook .
Jom cuba!
RESIPI AYAM GORENG SPECIAL
BAHAN UTAMA:
- 1 ekor ayam (dibelah 4)
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN:
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas awang putih
- 2 tangkai serai
- 2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
- Kisar semua bahan perapan. Kemudian lumur pada ayam dan perap selama sejam.
2. Ayam yang sudah diperap, direbus sehingga nampak siku ayam agak pecah. Angkat dan toskan.
3. Ambil bahan perapan ayam tadi dan lumurkan semula pada ayam.
4. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena banyak.
5. Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.
Nota Memasak: Pastikan minyak masak kena banyak untuk menggoreng.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi: Zana Mokhtar