Kami kongsikan resipi biskut florentine yang boleh buat anda ketagih nak makan. Rangup crunchy je rasa dia.
Boleh juga dijadikan biskut raya untuk hidangan tetamu ketika Syawal nanti. Resipi biskut florentine ini dikongsikan oleh Chaiya Jarunee.
Resipi ini mudah sahaja kerana tidak menggunakan tepung florenta.
Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.
Resipi Biskut Florentine Tanpa Guna Tepung Florenta
Bahan-bahan:
- Kacang-kacang ikut suka – dibakar atau digoreng tanpa minyak selama 15-20 minit
- Bahan kacang2 – campur semua 800g
- Sedikit garam
- Telur putih gred A – 80g
- Madu – 50g
Cara-cara:
1. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan kacang-kacang. Gaul rata sehingga kacang disaluti telur putih.
3. Letakkan baking paper di atas dulang pembakar.
4. Tekan kacang dengan kuat menggunakan bekas cup kek atau acuan bakar.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 140-150 celcius.
6. Bila dah masak, keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk. Kemudian bakar sekali lagi selama 10 minit supaya lebih rangup.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Chaiya Jarunee