Bayi 7 Bulan Dah Boleh Makan Yang Bertumis & Berempah. Ini 9 Resipi Mudah Untuk Mama Cuba!

Ibu-ibu sering buntu memikirkan menu apa yang ingin dimasak untuk bayi 7 bulan dan ke atas kan?

Sebenarnya ada banyak resipi makanan bayi 7 bulan ke atas yang menarik dan boleh ibu-ibu cuba mengikut usia dan kesesuaian baby. Diusia ini, baby juga dah boleh makan menu yang bertumis dan berempah.

Jom tengok 9 resipi makanan bayi 7 bulan yang dikongsikan oleh Norfaezawati Wahid menerusi perkongsian beliau di Happy Baby Foods Malaysia. Sangat meriah menu yang dimasak untuk babynya. Kita yang tengok pun rasa berselera nak makan!

9 RESIPI MAKANAN BAYI 7 BULAN YANG SEDAP & TAK BOSAN

Lauk yang kita nak masak untuk bayi ni kalau nak jadi lauk untuk kita makan sekali pun boleh. Cuma untuk baby tu tak perlu masukkan garam, gula & perasa MSG.

Cukup rasa masin manisnya datang dari bahan-bahan yang kita guna sahaja.

Tapi biasanya menu baby saya masak asing sebab saya suka masakan berlada dan pedas.

Saya selalu masakkan lauk untuk baby setiap 3-4 hari sekali lepas tu frozenkan dalam bekas kecil. Nanti boleh rotate dengan lauk sebelum ni dan takde lah baby bosan makan lauk yang sama setiap hari.

Semua yang saya masak ni saya blender sebab baby belum ada gigi dan suka makan bubur.

Jom tengok menu dan resipi bayi 7 bulan saya.” – Norfaezawati Wahid

1. RESIPI FISH FILLET SWEET SOUR

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato ceri
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • Carrot*(potong dadu)
  • Daun sup*(racik)
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Blender bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri.
  2. Panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender.
  3. Tumis sehingga naik bau dan betul-betul masak.
  4. Kemudian masukkan carrot dan sedikit air.
  5. Bila carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau-kacau bagi sayur masak. Siap.

2. RESIPI CHICKEN BUTTERMILK

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Isi ayam*(goreng)
  • Bawang putih*(cincang)
  • Bayam
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Unsalted butter
  • Formula milk

*kalau tak ada susu formula, boleh juga gantikan dengan cream cheese. Susu ibu pun boleh tapi masukkan masa dah suam ya sebab susu ibu tak boleh kena suhu tinggi. Kalau bayi 8 bulan ke atas boleh guna susu full cream.

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu unsalted butter & masukkan bawang putih.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
  4. Bancuh FM dgn 1/2 cawan air & masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
  5. Nanti bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api.Siap!

3. RESIPI SUP AYAM

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sawi
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Cauliflower
  • Daun sup*(racik)
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak.
  4. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
  5. Akhir sekali masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Masak hingga sempurna dan boleh tutup api.Siap.

4. RESIPI IKAN MASAK HALIA

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *potong halus memanjang
  • Carrot * potong halus memanjang
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air (ikut nak kuah banyak mana).
  4. Agak-agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot.
  5. Masak sehingga ikan masak sempurna.Siap.

5. RESIPI SUP SAYUR

resepi makanan baby 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang putih*(ketuk)
  • Serbuk lada putih
  • Kubis
  • Brokoli
  • Carrot
  • Sweet potato

Cara-cara:

  1. Renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dengan 2 cawan air.
  2. Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
  3. Akhir sekali masukkan kobis & brokoli. Tutup api.Siap.

6. RESIPI IKAN MASAK KURMA

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah/ tenggiri/ salmon
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *ketuk
  • Rempah kurma
  • Carrot
  • Sweet potato
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Bancuh 1 sudu rempah kurma dengan sedikit air masukkan dalam bahan yang ditumis tadi.
  4. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau & tambah air ni sehingga 3x biar betul-betul masak rempah tadi).
  5. Tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato & carrot.
  6. Bila air mendidih boleh masukkan ikan.
  7. Masak sehingga ikan masak sempuna.Siap!

7. RESIPI SUP IKAN MERAH

idea makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah
  • Bawang besar*mayang
  • Bawang putih*mayang
  • Halia*ketuk
  • Serbuk lada putih
  • Labu
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Brokoli
  • Daun sup*(racik)
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan halia, bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk lada putih, labu, carrot & kacang peas serta 2 cawan air.
  4. Bila semua bahan dah empuk, boleh masukkan ikan & brokoli. Masak sehingga menggelegak.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup. Tutup api.Siap!

8. RESIPI BUTTER CHICKEN

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Bawang
  • Labu
  • Brokoli
  • Kacang peas
  • Isi ayam
  • Olive oil
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu minyak dan unsalted butter.
  2. Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan sayuran macam biasa. Masak hingga sempurna.Siap.

9. RESIPI TOMYAM PUTIH

resepi tomyam baby

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang bawang besar*(potong 4)
  • Bawang putih*(ketuk)
  • Serai*(ketuk)
  • Halia*(ketuk)
  • Daun limau purut
  • Kubis panjang
  • Brokoli
  • Cauliflower
  • Carrot
  • Kacang peas
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Renehkan bawang besar, bawang putih, halia, serai & tomato ceri
  2. Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, kacang peas, carrot & daun limau purut
  3. Akhir sekali masukkan kobis panjang & brokoli. Tutup api. Siap!

CADANGAN HIDANGAN & SIMPANAN

Untuk bagi pada baby saya yang umur 7 bulan, saya blender dan hidang dengan bubur nasi yang dimasak asing.

Saya ambil sebahagian je ikut portion makan baby. Yang lebih tu saya letak dalam bekas macam dekat gambar di bawah ni.

Nanti bila nak guna saya ambil dan defrost dalam microwave atau stimkan guna pengukus atau steamer.

Kalau tak ada microwave atau pengukus (steamer), boleh juga guna kaedah double boil macam kita cairkan coklat tu supaya tak hangus.

Boleh juga kalau nak blender sekali dengan bubur. Ikutlah nak halus mana tekstur tu, tengok pada kesesuaian bayi. Kalau simpan dalam chiller tahan 3 hari, kalau frozenkan boleh tahan sampai 1-2 bulan.

Selamat Mencuba Ibu-Ibu!

Kredit Resipi & Foto: Norfaezawati Wahid

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!