Cara Mudah Buat Twister Wrap Ala KFC. Sangat Sedap & Rangup!

Setiap kali tibanya hujung minggu pasti para ibu ketandusan idea untuk menyediakan makanan buat keluarga terutamanya ketika musim cuti persekolahan. Anak-anak di rumah pun selalu je akan minta makanan untuk dikunyah.

Terbaru, menu twister seperti yang di jual di KFC menjadi pilihan ramai kerana kelembutan dan kegebuan rotinya itu.

Jadi, kali ini kami akan sediakan kepada anda resipi twister ala-ala KFC yang simple dan boleh dibuat sendiri di rumah seperti yang dikongsikan oleh NorAzizah Razali di laman Facebooknya.

Resipi ni memang simple, senang dan yang paling penting seisi keluarga akan suka. Ala ala KFC twister gitu. Bukan sahaja cara buatnya mudah, makannya pun mudah sambil jalan atau buat kerja rumah pun boleh ngap!

Kami kongsikan resipi lengkap dan cara-cara membuat twister wrap ala KFC yang super sedap ini. Rangup je rasa ayam goreng kat dalam tu. Buat sendiri, puas hati makan.

Jom ikuti perkongsian di bawah.

Resipi Twister Wrap Ala KFC

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla (Mission Wrap)
  • Isi ayam (Bahagian ada & potong kecik)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (Hiris halus-halus)
  • Timun (Hiris halus-halus)
  • Cheese
  • Mayonis
  • Sos thousand island

Cara-cara Membuat:

1. Roti mission wrap dibakar dalam oven selama 2 hingga 3 minit. Bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.

2. Ayam goreng (bahagian dada) digoreng menggunakan tepung serbaguna sehingga garing dan berwarna keemasan.

Nota: Kalau ada tepung Bestari pun boleh guna. Dalam resipi ini, guna brand Kentucky.

3. Sapu rata mayonis kat atas keseluruhan roti wrap

4. Susun bahan-bahan tadi (ayam goreng, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island) di atas permukaan roti wrap.

5. Gulung roti dengan kemas. Siap!

6. Sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: NorAzizah Razali

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!