Untuk penggemar masakan udang, kami kumpulkan beberapa resipi udang yang ringkas dan sedap untuk anda cuba. Jom lihat resipi-resipinya.
- RENDANG UDANG GALAH
Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya
Cara-cara:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi : Cik Cikputeh Puteh
2. UDANG MASAK MERAH BEREMPAH
Bahan-bahan:
500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin/dikisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
Hidangkan setelah masak.
Kredit Resipi : Azie kitchen
3. Udang Bakar Cheese
Bahan-bahannya:
1) 600 gram udang harimau
2) 280 gram keju
3) 100 gram mentega
4) 50 gram bawang putih – dicincang halus
5) 10 gram garam
6) 10 gram serbuk perasa
7) 20 gram gula
8) 50 gram susu cair
Cara-caranya :
– Belah dua udang harimau.
– Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.
– Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.
– Susun udang atas dulang yang disapu mentega.
– Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.
4. Udang Bukharry Masala
Bahan-bahan:
1 kg udang
5 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili hijau (hiris)
2 biji tomato (potong halus)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 sudu kecil halia (kisar)
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji gajus (kisar) – sy tak letak
50 gm santan
50 ml minyak
750 ml air
Sedikit garam
Cara-cara Masak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.
3. Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.
4. Setelah itu, barulah masukkan udang bersama tomato, gajus, cili hijau dan
cili merah.
5. Apabila air kering sedikit, masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.
5. Udang Goreng Daun Kari
Bahan-bahan:
– 10 ekor udang sederhana besar
– sebiji bawang besar * mayang
– 2 tangkai daun kari *
– 2 biji cili padi * ketuk nak pedas letak lebih ye
– sedikit halia * – Liza tumbuk
– garam, kunyit secukupnya
– 2 s/b lada hitam – tumbuk halus
Cara-cara :
– bersihkan udang, kopek kulitnya sedikit dan buang kotoran di bahagian belakang
– gaulkan dengan garam kunyit seketika
– tumiskan bahan * sehingga wangi & layu, masukkan juga lada hitam tumbuk td.
– masukkan udang dan masak sehingga udang agak garing
– jika mahu sedikit kuah boleh masukkan air
– Sedia untuk dihidangkan
6. Resipi Udang Butter Nestum
Bahan-bahan:
12 ekor udang saiz sederhana
2 biji kuning telur
5 batang cili api (dibelah)
10 helai daun kari
3/4 cawan susu cair / segar
5 sudu besar butter
Sedikit minyak
2 ulas bawang putih (dipotong halus)
4 sudu besar nestum
Cara-cara:
– Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.
– Pukul kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).
– Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.
– Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.
– Panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.
– Tambah garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum. Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan bersama flos telur tadi. Siap!
Kredit Resipi : savanila
7. Resipi Sambal Udang Dengan Petai
Bahan-bahan:
1kg udang dibersihkan
3 papan petai dibuang kulit
1 biji bawang besar di hiris
1/2 gelas air asam jawa cair
bahan kisar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
Klik di sini untuk isi bahan
1 gelas air
1 senduk cili kisar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara:
– panaskan kuali untuk menumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
– masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan ringan
– masukkan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mendidih sedikit
– tambah 1/2 gelas air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat
– masukkan udang, petai dan bawang hiris. kacau rata dan biarkan untuk 5 minit.
– masukkan gula dan sedikit air, kacau lagi rata2. biarkan mendidih dan masak untuk 5-7 minit
– tutup api dan biarkan sambal mesra untuk 30 minit sebelum di hidang.
8. Resipi Udang Masak Masam Manis
Bahan-bahan:
500 gram udang kertas saiz sederhana – bersihkan dan belah belakang
15 biji kacang manis – bersihkan dan potong 2
1/2 biji capsicum merah – potong dadu
1/2 biji capsicum kuning – potong dadu
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili Thai
garam / perasa pilihan jika perlu
minyak
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili merah
1 genggam udang kering – rendam hingga kembang
Cara-cara:
1. Goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan udang dalam kuali.
3. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
4. Masukkan sos titam, sos tomato dan sos cili Thai. Gaul sebati.
5. Masukkan kacang manis, capsicum merah dan kuning. Masak sehingga kacang manis berubah warna.
6. Masukkan udang dan gaul rata.
7. Tambahkan garam / perasa pilihan jika perlu. Siap.
9. Resipi Udang Goreng Tepung
Bahan-bahan (resipi anggaran)
15-20 ekor udang saiz sederhana besar – buang kulit dan tinggal ekor je
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup – dicincang halus, kli ni xbuh sbb xde
sedikit pewarna kuning – agar warna tepung kekuningan
air secukupnya – agak-agak la ye lebih kurang 1 cawan
minyak untuk mengoreng
1 sudu besar tepung lagi – untuk lumur pada udang
Cara-cara:
1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, (kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan
3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap
10. Resipi Sambal Kari Udang
Bahan-bahan:
1kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4sudu besar rempah kari
1biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1pokok daun bawang di potong
1 inci panjang
1 pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar:
4biji bawang merah
3ulas bawan g putih
1inci Halia
Caranya:
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat.
6. Sedap di makan dengan nasi panas.
11. Resipi Udang Khamped (resepi dari Thailand)
1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap
Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah
Bahan hiasan
Daun limau purut
Cara-cara:
Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkan cili kisar masak smpai pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air. Masuk udang gaul2 hingga sebati. Perasakan dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit Resipi : mami mirza