“Boringlah hari-hari masak ayam goreng. Rasa nak makan ayam masak cara lain pulak. Apa lagi resipi ayam yang simple tapi sedap ye?”
Dalam bulan Ramadhan ni, Mak-mak makin rajin ke dapur. Masak hidangan untuk berbuka, untuk bersahur. Macam-macam lauk pauk teringin nak masak kan?
Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah Mak-mak berehat dan luangkan lebih masa dengan keluarga.
Jadi, apa kata cuba resipi ayam bakar ala Kenny Rogers yang sangat simple hasil perkongsian oleh Nur Aisya ini.
Caranya sangat mudah dan senang nak masak. Rasanya pun sungguh menyelerakan.
Jom ikuti resipi lengkap di bawah.
Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-bahan :
Ayam seekor/ whole leg 4
Bawang holand sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 1/2 inci
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
(bahan2 di atas semua diblend sekali)
Kentang sebijik – nanti rebus bersama ayam
Sayur untuk dibakar bersama ayam :
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang holand
Shitake mushroom
Cara-cara Membuatnya:
1. Kisarkan semua bahan-bahan kisar.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
3. Masukkan kiub ayam.. Tadi lupa blend sekali. Apa yang kurang, topup la masa ni. Macam sos tiram ke.
4. Masukkan ayam. Ayam ni kecik je. Rm7 sekor.
5. Masukkan kentang.
6. Ni la cara saya. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.
7. Blend kentang yang direbus bersama ayam tadi. Tuang semula dalam kuali.
8. Lepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak-lemak. Creamy!
9. Letak ayam dalam tray. Letak la sayur yang ada.. Tak kesah nk sayur apa. Sayur boleh letak sekali. Sebab ayam dah masak.. Tinggal bagi garing bahagian luar je.
10. Sebelum masuk oven. Letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200, 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah. Selebihnya. Api atas sahaja.
11. Siap bakar dah. Kuah-kuah sikit tu buat makan dengan nasi nanti.
12. Sedia untuk dihidangkan. Rasa “Sebijik” nak sama macam yang Kenny Rogers jual tu. hehe
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Nur Aisya