Cara Buat Tom Yam Kaww Ala Restoran Thai. Mudah & Terlajak Sedap!

Kalau cakap pasal tomyam, sudah tentu kita akan teringat akan Kedai-kedai Tomyam Thai yang sering menjadi tumpuan masyarakat Malaysia kan?

Lazimnya, menu ini sering dijadikan hidangan untuk makan malam. Namun, ramai dari kita yang pastinya akan memilih untuk memasak sendiri di rumah. Selain dapat menjamin rasa sedapnya, kebersihannya juga akan lebih terpelihara.

Tomyam merupakan sup yang berasal daripada Thailand yang pada mulanya diperkenalkan sebagai hidangan keluarga Diraja Thailand pada abad ke-19. Tomyam memberikan anda rasa masam dan manis serta pedas, kena dengan tekak kita sebagai rakyat Malaysia.

Cara memasaknya juga mudah dan lebih sihat jika hendak dibandingkan dengan makanan yang bergoreng. Masakan tomyam selalunya digabungkan bersama dengan ayam, daging dan makanan-makanan laut.

Tomyam sangat sedap dimakan ketika supnya masih panas-panas. Jom cuba resipi Tom Yam Kaww ini. Cara masak ‘step-by-step‘ gerenti jadi.

Ikuti resipi lengkapnya di bawah.

RESIPI TOM YAM KAWW

Bahan-Bahan:

  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Lengkuas (Saya tak pakai halia)
  • Tomyam Pes
  • Air limau nipis
  • Ayam
  • Sayuran kegemaran anda

Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yang telah di ketuk.

2. Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya tak pakai halia.

3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.

4. Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand)

NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai pes tomyam brand ni.

5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..

6. Ok, saya tak pakai air limau nipis ya.. saya pakai air limau instant ni. Sedap!

Nota: Air limau ni ikut tuan-tuan & puan-puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..

7. Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.

8. Kacau rata biar sebati semua.

9. Saya masukkan sedikit susu, dlm 2-3 sudu. Kalau santan lagi better. Tapi santan tak ada la pulak.. guna la apa yang ada yer tak..

10. Akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato.

11. Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula tak perlu sebab paste ni dah manis & pedas. Garam kena lebihkan sedikit.

12. Tadaaaaa..Dah siap!

13. Nak masak tomyam dah tak payah pening.. sebab pes saya guna ni dah menepati cita rasa.. tak payah tambah benda-benda lain untuk rasa tomyam yang sedap & kaw! Ni dah cukup.

Selamat Mencuba!

Nota: Terima Kasih kepada pemilik resipi atas perkongsian ini

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!