Tips Masak Bubur Nasi Dengan Cepat Dan Cantik. Tak Sampai 15 Minit Dah Siap!

“Alahaii bila tengah tak sihat ni, memang tak selera nak makan. Senang masak bubur jelah. Boleh makan dengan anak-anak sekali. Sedap pun sedap!”

Bubur nasi tentunya antara makanan yang paling mudah dimasak. Selain menjadi hidangan ‘orang sakit’ dan anak kecil, sebenarnya bubur nasi adalah makanan yang versatile dan boleh dihidangkan pada bila-bila masa kalau kena dengan caranya.

Kami kongsikan tips yang lebih mudah dan cepat untuk masak Bubur Nasi. Bukan sahaja cepat malah Bubur Nasi juga akan kelihatan lebih cantik. Tips ini dikongsi oleh Ummi Dayyan di laman facebook. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Tips Masak Bubur Nasi Dengan Cepat Dan Cantik

1. Masukkan beras yang siap dibasuh ke dalam bekas.

2. Isikan air menutupi beras tadi dan simpan dalam freezer.

3. Bila nak masak keluarkan beras yang jadi beku tu.

4. Kemudian tambahkan sedikit air dan masak macam biasa.

5. Dalam 15 minit, siap lah bubur nasi.

Selamat Mencuba!

Kredit: Ummi Dayyan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!