Cara Mudah Masak Rendang Ayam. Resipi ‘Step-By-Step’ Gerenti Jadi.

Resipi Rendang Ayam memang sangat sedap. Kuahnya yang pekat sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna.

Hirisan daun kunyit yang ditabur dan dimasak bersama menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ayam ini.

Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah siap diperah. Harga juga berpatutan.

Boleh cuba resipi Rendang Ayam perkongsian dari Puan Nurain Sulaiman ni. Mudah je. Cara masak ‘step by step’ gerenti jadi.

Rendang ayam ni, selain dimakan bersama ketupat atau lemang pada hari raya, boleh juga dimakan bersama pulut kuning. Rasanya sangat sedap dan menyelerakan.

Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah.

RESIPI RENDANG AYAM (STEP-BY-STEP)

Bahan-bahan Kisar:

  • Bawang kecil
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang putih
  • Serai
  • Kunyit

Bahan-bahan Lain:

  • Ayam setengah ekor (basuh bersih dan tos)
  • Cili kering – 15 tangkai
  • 1 sudu rempah daging (optional)
  • 1 sudu rempah cili unuk warna (optional)
  • Daun kunyit (optional)
  • 2 sudu kerisik
  • 1 kotak santan
  • Gula merah (optional)
  • 2 sudu gula

Cara Memasak:

  1. Blend bahan-bahan kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.

2. Kisar cili kering. Dalam gambar ni dalam 15 tangkai. (jumlah mengikut tahap kepedasan yang diingini)

3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.

4. Panaskan sedikit minyak.

5. Tumis bahan-bahan tadi. (Bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili)

6. Masukkan cili mesin (cili yang dikisar)

7. Letakkan daun kunyit, yang ni kalau taknak pun takpe sebab nanti nak letak yg racik halus.

8. Sementara tunggu kuah masak dan naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.

9. Masukkan asam keping.

10. Masukkan kerisik 2 sudu.

11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.

12. Masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa.

13. Masukkan gula merah (ni optional)

14. Masukkan gula dua sudu besar.

15. Bila dah masak lebih kurang sejam, kuah akan nampak gelap dan pecah minyak. Kemudian boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat


16. Dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit.

17. Kuah pekat-pekat macam ni memang sedap.

18. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Nurain Sulaiman

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!