Resipi mudah kuih Resoles Istimewa . Kuih ini sangat popular di Indonesia. Siapa yang pernah pergi Indonesia, pasti pernah rasa dan tahu tentang kuih Resoles ni. Rasanya memang sedap & lembut. Inti dalamnya juga juicy basah-basah jer.
Ikuti resipi lengkap di bawah. Perkongsian dari Puan Nieyla Husna
Resipi Mudah Kuih Resoles
BAHAN -BAHAN :
Bahan Kulit
- 10 sudu tepung gandum
- 1 biji telur
- Air secukup nya
- Garam secukup nya (Kalau nak buat lebih gandakan bahan-bahannya )
- Serbuk roti(untuk goreng)
Cara-cara Buat Kulit:
***Campur semua bahan-bahan tadi dan kacau smpai sebati , air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Agak-agak tak kental dan tak cair. Lepas tu tapis supaya tak berketul.
Kemudian masak@goreng dalam kuali secara nipis-nipis seperti buat kulit kuih ketayap.
Bahan inti
- Ayam kisar atau daging kisar(yang ramly punya pun oke)
- Kentang dan carrot potong dadu lepas tu rebus smpai empuk
- Bawang putih dan bawang bombay blend secukup nya
- Serbuk lada sulah dan lada hitam
- Susu segar /susu cair secukupnya
- Susu pekat secukupnya
- Garam
- Serbuk perisa
- Daun sup dan daun bawang
- Tepung gandum(untuk tekstur kental)
CARA PENYEDIAAN :
Untuk inti
1. Tumis bawang putih dan bawang bombay sampai naik bau, masuk kan ayam / daging kisar secukup nya.
2. Kacau sebati , masukkan carrot dan kentang yang sudah direbus .
3. Masukkan susu segar , susu pekat, lada putih dan lada hitam serta garam , serbuk perisa , tepung gandum 3 sudu makan. Dan kacau sebati sampai kental dan naik bau baru la masukkan daun sup dan daun bawang.
Untuk Resoles
1. Ambil sehelai kulit yg dah di masak (masak macam kuih ketayap)
2. Letak inti secukup nya gulung lepas tu campur dgn telur dan serbuk roti.
3. Siap untuk di goreng .
Tips: Inti perlu di masukkan ke dalam peti sejuk selepas dimasak supaya senang di gulung.
Tips untuk kulit : Lebih kan sebijik telur kalau rasa kulit yang dimasak agak pecah atau susah dibentuk.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Nieyla Husna