Kuih Ketayap Yang Lembut & Sedap. Resipi Sukatan Cawan Gerenti Jadi!

Kuih Ketayap merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Malaysia.

Kuih ini sering menjadi tarikan ramai terutamanya di bazar Ramadan atau gerai-gerai kuih di seluruh tanah air.

Kuih ketayap selalunya dijadikan menu untuk sarapan pagi mahupun minum petang seisi keluarga.

Kami kongsikan resipi Kuih Ketayap paling senang untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah.

RESIPI KUIH KETAYAP YANG LEMBUT

Bahan Inti Kelapa

2 1/2 cwn kelapa mesin
1 1/2 cwn gula melaka/merah
2 sd besar gula pasir
sikit garam
1 cwn air

Cara Memasak:

1. Masak air hingga mendidih..

2. Masukkan gula melaka dan gula pasir masak bagi larut dan gula hancur..

3. Kemudian baru masukkan kelapa dan masak lagi sampai nampak kelapa agak kering sikit.

Nota: Jangan terlampau kering nanti tak sedap.. kering basah-basah manja gituu.

4. Siap dah inti. Ketepikan. Buat kulit ketayap pulak.

Bahan-bahan Kulit Ketayap:

4 helai daun pandan (blend bersama 1 cwn air)
3 cwn tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
1 cwn air biasa
sedikit pewarna hijau
2 sb minyak masak

Cara Memasak:

1. Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit di atas.

2. Bancuhan jangan likat sangat dan jangan cair sangat..kalau rasa kurang air tambah sikit2.. kalau rasa cair sangat tambah tepung sikit2 pun ok.

3. Kemudian, tapiskan bancuhan supaya tiada tepung yang berketul-ketul.

3. Kemudian, goreng kulit ketayap dengan menggunakan kuali leper macam goreng telur dadar. Nipis-nipis sahaja.

4. Kulit ketayap ni tak perlu diterbalikkan. Kuali kena tutup supaya permukaan atas masak sempurna.

5. Dah siap, angkat dan masukkan inti kelapa tadi.

6. Lipat sikit bahagian tepi kiri dan kanan. Gulung hingga kemas.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber Resipi: Nor Sahida Abdul Kadzir

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!