Sup Telur Pecah Ini Viral & Menjadi Kegemaran Ramai. Ini Cara Membuatnya!

Entri kali ini kami bawakan resipi sup telur pecah paling senang untuk anda cuba. Mungkin ramai yang belum pernah mencuba Sup Telur Pecah ni, tetapi sekali anda dah rasa, confirm akan repeat lagi. Sangat sedap tau. Resipi Sup telur pecah ini telah dikongsikan oleh Anisah Connie di laman Facebook nya. Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Sup Telur Pecah Tersedap

Bahan-bahan :

  • Sedikit Bawang besar (potong dadu)
  • Jejari ketam
  • Cendawan butang
  • Jagung (dlm tin)
  • Isi ayam ( rebus dahulu kemudian siat2 halus isinya)-jangan buang air rebusan ayam ni ye
  • 2/3 bj telur
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit tepung jagung ( utk pekatkan kuah)-gaul dgn sedikit air

*** Semua bahan ikut suka je. Kalau nak banyak ketam, bubuhlah ketam banyak. Jika nak cendawan banyak, bubuhlah cendawan banyak-banyak. Tapi saya lebih suka jagung tu yang banyak.. hehe

Cara Memasak :

1. Rebuskan ayam terlebih dahulu dan air rebusan ayam tadi di guna semula. Kalau kurang air tambahkan lagi air.

2. Panaskan air rebusan biar hingga mendidih.

3. Selepas itu masukkan bawang besar dan biarkan seketika.

4. Masukkan pula ayam dan kiub pati ayam serta cendawan. Gaul.

5. Kemudian masukkan telur sambil tuang telur sambil gaul.

6. Masukkan perasa jika nak tambah (garam/ajinomoto/gula) ikut suka.

7. Selepas itu masukkan jejari ketam dan jagung. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi. Gaul rata.

8. Jika kuah sup tidak pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan sedikit tepung jagung. Terpulang kepada anda ya.

9. Apabila dah siap, tutup api dan hidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Anisah Connie

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!