Sedapnya! Cara Mudah Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia

“Alahai, teringin pulak nak makan murtabak. bukak puasa nanti. Macam mana nak buat murtabak yang paling simple ye?”

Sesekali mesti kita pun pernah teringin nak makan murtabak kan? Tambahan lagi di bulan puasa macam sekarang ni. Semua benda teringin nak makan.

Tapi tak macam roti canai yang mudah kita cari, murtabak bukanlah selalu dijual di mana-mana kedai makan kecuali di pasar malam atau bazar ramadhan.

Kami kongsikan cara mudah untuk buat murtabak sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan kulit popia sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas dan mudah didapati di mana-mana kedai runcit.

Jom ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah.

RESIPI MURTABAK MINI PALING MUDAH

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • isi ayam / daging di cincang
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Daun sup
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak Inti

1. Tumis bawang yang telah dipotong dadu

2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Kacau-kacau.

4. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.

5. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk Balut Murtabak

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.

2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.

3. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Yanie Mansor

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!