Sedap & Berlemak! Ini Cara Buat Ketupat Daun Pisang Paling Mudah.

Bila tiba musim perayaan, ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai.

Rasa tak meriah jika tiada menu wajib ini dihidangkan di pagi raya.

Ketupat pulut selalunya dihidangkan bersama rendang ayam atau daging. Boleh juga dimakan bersama ayam masak merah atau serunding. Sangat sedap bila menu ini digandingkan bersama.

Kami kongsikan resipi ketupat daun pisang perkongsian dari saudara Hairul Hamid yang sangat mudah dah sedap untuk dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja.

Lepas ni tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati.

Jom ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah.

RESIPI KETUPAT DAUN PISANG PALING MUDAH

Bahan-bahan:

  • Beras pulut – 4 cawan
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Daun pandan – 1 helai
  • Daun pisang – 1
  • Garam – Secukup rasa

Cara Memasak:

1. Basuh bersih beras pulut dan rendam selama 2 jam atau lebih. Kemudian, toskan.

2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan daun pandan. Boleh kukus sampai masak atau separuh masak.

3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang. Ikat dengan kemas.

4. Bila dah siap balut, boleh kukus sekali lagi selama 15 – 20 minit.

5. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati bersama rendang atau apa-apa menu kegemaran anda.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Hairul Hamid

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!