Senangnya Buat Almond Coklat Krup Krap. Hanya Guna 2 Bahan. Rangup Betul!

Mudah sangat jika nak buat Almond Coklat atau Badam Coklat rangup ni. Hanya guna 2 bahan iaitu coklat dan badam.

Tak perlu susah payah nak uli doh dan terap buat adunan.

Hanya perlu gaul rata coklat dan badam, sejukkan dalam peti sejuk sekejap dan terus boleh dimakan.

Sesuai juga buat yang suka kudapan jenis kekacang berbanding adunan tepung.

Resipi biskut Almond Coklat atau badam coklat ini dikongsi oleh Zaharah Ramin di laman facebook miliknya.

Puan Zaharah menggantikan coklat Beryl’s kepada coklat cadburry . Rasanya memang sedap sangat! Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Biskut Almond Coklat @ Badam Coklat Rangup

Bahan-bahan :

  • Coklat cadburry (coklat)
  • Kepingan badam

Cara-cara Membuat :

1. Bakar badam sehingga rangup.

Nota: Untuk dapatkan rasa crunchy bila dikunyah)

2. Double boiler coklat cadburry tersebut.

3. Gaulkan dengan badam dan letak atas kertas minyak (ikut saiz yang anda suka)

4. Kemudian masukkan dalam peti ais sehingga biskut badam coklat keras.

5. Siap dan boleh masukkan ke dalam balang

Nota: Tak boleh lama-lama di luar sebab coklat cadburry mudah cair, kalau guna coklat Beryl’s takpe.

Memang sangat sedap dan crunchy bila dikunyah.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Zaharah Ramim

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!