Buat penggemar udang, kami kongsikan satu resipi yang paling mudah dan sedap untuk anda cuba. Resipi udang masak buttermilk cheese leleh yang sangat menggiurkan. Bukan hanya nama dan gambar saja tampak menggoda namun rasanya juga sangat menarik dan lazat.
Kelazatan udang buttermilk cheese leleh ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapannya sangat menjilat jari.
Udang buttermilk dengan aroma daun karinya yang wangi memukau, juga kaya dengan limpahan cheesenya yang pekat meleleh.. Fuhh, gerenti tak cukup nasi sepinggan. Cara masak pun mudah je. Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.
Resipi Udang Buttermilk Cheese Leleh
Bahan-bahan :
- Udang 1/2 kg
- 1 tin Susu cair
- Bawang putih 2 ulas (dicincang)
- Bawang holland 1/4 biji (dipotong dadu)
- 6-7 helai daun kari
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu serbuk kari
- Sehelai daun pandan (*optional) –Saya suka aroma daun pandan so saya letak je. Ikut suka masing-masing, tak letak pun takpe.
- Cili (*optional) – Kalau yg suka pedas, boleh tambah lagi byk mana cili nak). Saya ni tak tahan pedas, cili kecil tu saya guna 1 je. Selebihnya saya guna cili merah besar sekadar untuk hiasan.
- Sekeping cheese – Apa-apa cheese pun boleh
- Tepung jagung
- Butter (1/4 dari yang seketul tu)
Cara-cara Memasak :
1. Mula-mula nak kena goreng udang dulu.
2. Letak garam sikit secukup rasa. Gaul sebati & simpan sekejap dalam peti sejuk 10 minit. Lebih pun takpe, kemudian bila nak start masak baru keluarkan udang. Tabur tepung jagung salut rata.
3. Kemudian goreng udang sampai agak-agak masak, keemas-emasan dh warna dia. Tak payah goreng lama sangat.
4. Dah siap goreng, ketepikan udang.
Cara Masak Kuah:
1. Panaskan kuali, cairkan mentega.
2. Tumis bawang holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili sampai wangi & kekuningan.
3. Masuk serbuk kari & tambah air sikit
4. Dah mendidih, masukkan susu cair.
5. Lepas tu masukkan kiub ayam, secubit garam dan setengah sudu kecil gula.
6. Kemudian masukkan cheese. Kacau rata & biarkan mendidih.
7. Agak-agak kuah dah pekat, tutup api.
“Ada org dia suka masukkan udang ke dalam kuah & gaul rata supaya udang sebati dengan kuah”- Puan Iqtiyani Md Al-Amin
8. Tuang kuah tadi atas udang. Siap!
9. Sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Puan Iqtiyani Md Al-Amin