“Musim panas ni memang terasa nak makan aiskrim je kan.. Sejuk anak tekak! Kalau beli sorang satu untuk budak-budak ni mesti tak cukup”
Anak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim. Kalau beli sekotak kecil aiskrim Magnum, Wall’s atau Nestle pun dah berapa Ringgit kan?
Malah, bukan sahaja budak-budak yang gemarkan aiskrim, yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.
Sebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim ni. Tak perlu peralatan canggih pun, cuma menggunakan blender sahaja. Tetapi, tetap menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan lazat macam aiskrim popular seperti Wall’s, Magnum atau Nestle yang selalu kita beli di kedai tu.
Dan yang lagi best, anda boleh jimat banyak kalau buat sendiri aiskrim homemade di rumah.
Kami kongsikan cara-cara membuat Aiskrim homemade perkongsian dari Puan Fauziah Johanis. Mudah je caranya. Boleh buat stok dalam peti ais. Anak-anak pasti suka!
Resipi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 2sb ovellete
- 3sb susu pekat
- 1sk perisa & pewarna (ikut nak perisa apa, kalau nak 2 perisa, bahagikan adunan kepada 2. Satu perisa vanilla, satu lagi perisa strawberi. Buat corak macam kek marble).
- Coklat chip/coklat rice
Cara-cara Membuatnya:
1. Mixer atau blender semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Pukul sehingga kembang dan tekstur menjadi licin.
2. Letak dalam bekas tupperware. Masukkan coklat rice atau coklat chip.
3. Simpan dalam peti ais beku semalaman.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Fauziah Johanis