Roti sandwich sangat digemari di kalangan masyarakat kita kerana rasanya yang sedap dan sangat mengenyangkan. Roti sandwich juga dikatakan memenuhi zat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia terdiri dari roti sebagai sumber karbohidrat, telur atau lain-lain sebagai sumber protein dan sayuran salad sebagai sumber serat dan vitamin.
Terdapat pelbagai jenis sandwich yang boleh disediakan. Antaranya, sandwich sardin, sandwich telur, sandwich ayam dan sandwich seafood. Semuanya boleh diolah resipi untuk menjadikan ia menu yang sedap dan berkhasiat untuk dimakan.
Untuk kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara membuat Sushi Sandwich. Rasanya lebih sedap dari sandwich biasa dan ia dibuat dalam bentuk sushi. Sungguh menarik kan!
Salah satu cara nak elak roti yang dibeli tidak membazir jika tak habis makan, boleh buat sushi sandwich ni. Mudah je caranya. Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah.
Resipi Sushi Sandwich
Bahan-bahan:
- Roti gardenia (roll/ lenyek nipis dn buang tepi)
- Lobak Merah (carrot)
- Timun Jepun
- Tuna dlm tin
- Scramble egg
- Crabstick (digoreng sekejap)
- Mayonis
- Sos cili
Cara-cara Membuatnya:
1. Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya.
2. Letak inti tuna, scramble egg, crabstick.
3. Letak timun dan karot(dipotong memanjang).
4. Rollkan roti hingga habis.
5. Potong kepada 2 bahagian.
6. Letakkan sos dan mayo.
7. Tabur parsley flakes jika suka.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Hidayati Hana