Resipi Nasi Kak Wok ‘Viral’. Ayam Goreng Bersama Gulai Ayam & Sambal Belacan Power.

Nasi Kak Wok merupakan menu yang berasal dari Kelantan tetapi kini telah popular diseluruh tanah air.

Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi Kak Wok ni.

Lauk pauk nasi kak wok mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap!

Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal belacannya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan.

Jom cuba resipi nasi ala kak wok perkongsian Puan Rusmida Rusli ini.

RESEPI NASI ALA KAK WOK

BAHAN-BAHAN:

Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!

  1. BAHAN GULAI AYAM :

– 4 biji bawang bombay
– 5 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci halia
– 3 sudu makan rempah kari daging
– 1 sudu makan rempah kerutub
– Kacang panjang secukupnya – potong
– Terung – potong kecil
– Leher, kaki, kepak dan paha ayam – potong kecil
– Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
– Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
– 1 kerek gula melaka
– 2-3 keping asam gelugur

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.

2. Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.

3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.

4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.

5. Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).

6. Perasakan dengan garam, gula melaka serta kiub pati ayam dengan secukupnya.

7. Kacau hingga sebati rasa. Angkat. Sedia untuk dihidangkan.

2. AYAM GORENG HARUM

BAHAN-BAHAN:

– 1 ekor ayam – potong kecil
– 2 sudu teh garam
– 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
– 1 sudu teh serbuk kunyit
– 1 sudu teh serbuk cili
– 3 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

1. Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.

2. Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.

3. Angkat dan toskan minyaknya. Siap.

3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK

BAHAN-BAHAN:

– 4 biji cili kering – direbus
– Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
– 2 inci belacan
– 1 biji bawang besar – dibakar
– 1 labu bawang putih – dibakar
– Gula, garam dan perasa secukupnya
– Air asam jawa – anggaran 1/2 mangkuk
– Limau kasturi secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.

2. Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.

4. Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.

5. Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam goreng dan gulai.

Selamat Mencuba!

Sumber Resipi : Rusmida Rusli

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!