Dalam kesibukan mengejar masa menguruskan urusan seharian, semua orang inginkan makanan yang sihat dan senang untuk disediakan.
Menu salad sering dikaitkan dengan makanan orang diet. Namun, itu tak bermakna hanya golongan yang berdiet sahaja yang boleh makan hidangan salad ni. Yang tak ON diet pun boleh makan juga ya!
Oleh itu, sangat penting untuk mendapatkan resipi salad yang bukan sahaja enak dimakan malah cepat disediakan dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.
Jom cuba resipi Chicken Salad perkongsian dari Nabihah Azhar yang sangat lazat ni. Sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet atau yang mahu mula berdiet.
Yang tak diet, lagi lah Syok boleh makan banyak-banyak! Sedapnya sampai rasa nak makan hari-hari.
Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.
Resipi Chicken Salad Teramat Mudah
Cara Buat Chicken Salad:
1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun.
2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus. (cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di kedai Mydin je.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Nabihah Azhar