Nasi goreng tomyam merupakan masakan nasi yang diilhamkan daripada perisa Tomyam iaitu makanan yang terkenal dari Thailand. Nasi goreng tomyam mempunyai rasa yang hampir sama dengan rasa tomyam.
Rencah tomyam yang terdiri daripada pes tomyam asli thai, cili api, serai dan daun limau purut sering digunakan untuk mewujudkan rasa tomyam tersebut. Daun ketumbar juga digunakan untuk membantu menaikkan aroma dan bau wangi tomyam.
Selain itu, hirisan limau nipis turut menambahkan aroma dan menghasilkan sedikit rasa masam seolah-olah rasa seperti tomyam sebenar. Lauk seperti ayam, daging, sotong, udang atau isi ketam juga biasanya dicampurkan ke dalam nasi goreng supaya dapat memberi rasa yang lebih sedap dan juga sebagai sumber protein.
Kali ini, kami akan kongsikan pada anda cara memasak nasi goreng tomyam yang sedap, pedas & padu. Menariknya, resipi ini tidak menggunakan pes tomyam, tetapi rasanya tetap asli sama macam tomyam.
Resipi ini turut menyediakan cara-cara untuk hasilkan scrambled eggs yang sangat sedap.
Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah. Perkongsian oleh @Ashril_92.
Resipi Nasi Goreng Tomyam Padu & Scrambled Eggs
Bahan tumis:
- Cincang 2 serai
- 5 cili padi
- 2 bawang putih
- 2 bawang besar
- Daun limau purut
Bahan-bahan lain:
- 3-4 sudu cili giling
- Ayam/udang/sotong
- Sayur
- Nasi
- Garam dan gula
Cara-cara Membuatnya:
1. Tumiskan semua bahan tumis.
2. Kemudian masukkan cili giling.
3. Masukkan lauk pilihan anda. Tunggu sehingga lauk masak. Kacau sebati.
4. Masukkan pula sayur pilihan anda, kacau sebati sebentar.
5. Masukkan nasi, garam dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
6. Scrambled Eggs tu senang sahaja, cuma tambahkan melted butter, susu segar dan garam dalam telur kemudian whisk. Taburkan juga blackpepper semasa goreng (Ni pun follow resipi YouTube)
7. Ok dah siap. sedia untuk dihidangkan. Yummy!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : ASH (Foodhunter) @Ashril_92