Pizza Hut dan Domino antara restoran yang sentiasa menyajikan pizza dengan pelbagai jenis citarasa untuk rakyat Malaysia. 2 Restoran besar ini sememangnya sangat popular dan sering dikunjungi orang ramai, lebih-lebih lagi penggemar makanan roti. Pizza juga diketegorikan sebagai makanan berasaskan roti.
Tapi kali ini, kami bukan ingin berceritakan tentang Pizza Hut atau Domino, tetapi ingin kongsikan dengan anda resipi roti yang sangat best dan lembut gebu seakan-akan roti pizza dari Pizza Hut & Domino.
Mudah sangat nak buat roti ni. Malah, satu resipi boleh buat dua hidangan. Pertama roti sosej dan kedua mini pizza. Hanya menggunakan doh yang sama sahaja.
***Boleh rujuk gambar di bawah
Begini lah kejadian sebelum dibakar. Satu resipi boleh hasilkan 2 hidangan iaitu Roti Sosej & Mini Pizza. Yang membezakannya adalah toping.
Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.
RESIPI ROTI SOSEJ & MINI PIZZA
BAHAN- BAHAN DOH :
- 3/4 cawan air suam
- 1 sudu kecil yis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 cawan tepung gandum atau tepung roti
- Secubit garam
- 1 sudu besar mentega
- Kuning telur (tambah sedikit air untuk disapu pada roti)
- Sosej (direbus dulu)
- Mix vege (campurkan dengan mayonis)
- Sos cili
- Mayonis
CARA- CARA MEMBUAT:
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam 1 bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan adunan yis yang sudah kembang tadi.
4. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama 1 jam.
5. Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Bentukkan roti ikut cita rasa.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej dan mix vege. Hiaskan dengan sos dan mayonis
7. Biarkan roti 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170’c dan bakar selama 25 minit.
9. Kalau roti dah perang maknanya dah masak la tu.
10. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Hidayati Hana