Resipi Siakap Tomyam Padu Macam Restoran Thai. Sungguh Menyelerakan!

“Apa lagi boleh masak dengan ikan siakap ni ye?”

Ikan siakap antara ikan kegemaran ramai yang sering dicari-cari di pasar. Ikan siakap boleh dimasak dengan pelbagai menu. Selalunya ikan siakap ni digoreng garam kunyit, dimasak sweet sour, 3 rasa dan stim limau. Jadi kali ni, jom cuba resipi ikan siakap tomyam pulak. Sangat sedap tau. Resipi perkongsian dari Puan Noor Hafiza Mohamad.

SIAKAP TOM YAM PADU MACAM RESTORAN THAI

Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.” – Puan Noor Hafiza Mohamad

Bahan-bahan:

  • Serai 4 batang hiris (separuh sumbat dalam ikan)
  • Lengkuas 1/2 inci hiris
  • Bawang putih 4 ulas hiris
  • 1 akar ketumbar diketuk
  • Pes Tomyam
  • Sos Ikan
  • 2 kiub ayam
  • 1 sudu gula perang
  • Bawang Holland
  • Tomato
  • Bunga kubis
  • Kubis
  • Daun limau purut
  • Cili

1.Bahan utama: serai 4 batang hiris (separuh sumbat dalam ikan), lengkuas 1/2 inci dihiris, bawang putih 4 ulas dihiris, 1 akar ketumbar diketuk. Masukkan air dan didihkan.

2. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

3. Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.

4. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

5. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Kemudian, tabur daun ketumbar.

6.Siap dan sedia untuk dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.

Selamat Mencuba!

Sumber Resipi & Foto : Noor Hafiza Mohamad

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!