Kuih Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran.
Ciri-ciri kuih pau ialah berwarna putih, bulat dan gebu serta lembut dimakan. Walaupun ada beberapa pau yang berwarna hijau misalnya, ia menandakan itu adalah pau pandan.
Pau pandan selalunya berintikan kelapa. Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau pandan bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.
Kuih pau sangat mengenyangkan dan sering dihidangkan untuk sarapan atau minum petang. Pau antara kuih yang sentiasa menjadi pilihan dikalangan kanak-kanak hingga orang dewasa.
Untuk dapatkan pau gebu gebas dan tak berkedut ada caranya yang tersendiri. Kaedah yang digunakan semasa membuat doh dan mengukus adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil pau yang lembut dan gebu.
Jom ikuti resipi perkongsian dari Puan Irah Anje di bawah. Memang gebu!
RESIPI PAU KUKUS GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mauripan@yis
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis uli hingga jadi doh, bentukkan bulat.
4. Biarkan doh naik dan pastikan bekas ditutup dengan plastik.
5. Leperkan doh masukkan inti dan biarkan doh naik/mengembang sekali lagi.
6. Kukus pau selama 10 minit dengan api yang sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut)
7. Balut penutup kukusan dengan kain
10. Lepas 10minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudungnya untuk elak pau berkedut.
11. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Nota : Boleh juga letak pelembut roti sikit.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Irah Anje Via MAHN