Resipi Cookies Ala Subway Yang Rangup & ‘Chewy’ Bila Dikunyah. Sedapnya!

“Alahai sedapnya kalau dapat makan biskut choc chip macam yang Subway jual tu…”

Bagi yang pernah pergi Subway, mesti tahu biskut choc chip yang dijual di sana. Biskutnya berbentuk bulat dan bersaiz besar.

Uniknya, cookies ini tak macam cookies rangup yang kita biasa beli di Famous Amos tu, sebaliknya ia cookies yang chewy, rangup di luar tapi lembab-lembab di dalam. Memang best lah!

Teksturnya yang chewy dan rangup ini menjadi tarikan dan kegemaran ramai. Rasanya pula segar macam baru keluar dari oven. Rasa macam kek pun ada.

Jadi bagi yang teringin nak makan biskut cookies Subway ni, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Kalau dah makan sekeping, gerenti tak cukup. Buat sendiri, boleh makan puas-puas.

Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Cookies Ala Subway

Bahan-bahan:

  • 230g butter
  • 200g gula kastor
  • 160g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1tsp esen vanila
  • Bahan ayak (400g tepung gandum, 2tbsp tepung jagung, 1 tsp baking powder)
  • 400g choc chip

Cara-cara Membuatnya :

1. Satukan butter, gula kastor dan gula perang. Gaul menggunakan senduk sahaja. Jangan pukul lama-lama. Cukup sekadar semua bahan sebati.

2. Kemudian, Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata sampai sebati juga.

3. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan tepung jagung. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul rata.

4. Masukkan chocolate chip ke dalam adunan. Gaul lagi kesemua bahan supaya sebati.

5. Kemudian, boleh mula bentukkan adunan menggunakan scop aiskrim.

6. Letak dalam tray ni, perlu jarak-jarak ye. Sebab adunan akan mengembang masa bakar nanti. Letak dulu dalam peti ais selama 1 jam. Baru dibakar menggunakan oven.

7. Bakar suhu 160c selama 18-20 minit. Kalau nak rangup, bakar lama skit.

8. Cookies siap dibakar.

9. Boleh simpan dalam balang kedap udara supaya cookies kekal rangup. 1 adunan tadi akan dapat lebih 2 balang macam ni.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Anna Yusof

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!