Kuih tradisional Badak Berendam merupakan antara kuih yang sangat popular di Pantai timur.
Kuih ini juga mudah didapati dan sering dijual di pasar malam atau bazar ramadhan di seluruh tanah air.
Rasanya yang sedap berlemak dan dilengkapi dengan inti kelapa yang juicy di dalamnya sungguh enak dan menyelerakan.
Jom ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah. Perkongsian oleh Farisha Sofea.
RESIPI KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan Doh :
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan
Bahan Untuk Membuat Inti :
1 1/2 cawan kelapa parut
1 cawan gula melaka / gula merah
1/4 cawan air
1 sb gula
1 sb tepung gandum
daun pandan
Bahan Untuk Membuat Kuah :
2 cawan santan
1 cawan air
1 sb tepung jagung
daun pandan
garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan Lain :
Air untuk merebus
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan membuat doh, air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika.
2. Untuk membuat inti, masak gula bersama air sehingga larut. Masukkan juga daun pandan.
3. Kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih.
4. Masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Apabila inti hampir kering, masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak sehingga kering. Tutupkan api dan sejukkan seketika.
5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh bagi kemas dan inti tidak terkeluar. Jadikan seperti bebola. Ulang sehingga doh habis
6. Isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
7. Sementara itu kita sediakan pula bahan-bahan untuk membuat kuah badak berendam. Satukan ke semua bahan-bahan kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul.
8. Kemudian masak di atas dapur sehingga pekat. Tutupkan api.
9. Masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan masukkan ke dalam kuah yang telah masak tadi.
***Boleh juga dimasukkan doh ke dalam air sejuk dulu, kemudian letakkan doh di dalam pinggan. Barulah dituang kuah santannya.
10. Siap. Sedia untuk dinikmati.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Farisha Sofea