Teh ais Cincau Kaw & Piaw adalah teh ais yang agak popular di bulan puasa terutama di bazar Ramadhan. Ia boleh dikatakan agak unik kerana menggunakan cincau dalam resipinya.
Bila digabung bersama, rasa macam ais cendol kacang pun ada.. sebab ada campuran cincau yang menyelerakan.
Tetapi nak cari yang betul-betul sedap dengan rasa lemak manisnya yang sempurna, memang agak susah. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri sahaja di rumah.
Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah. Memang Kaww!
RESIPI TEH AIS CINCAU YANG KAW
BAHAN-BAHAN :
- Teh serbuk
- Susu full cream
- Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
- Cincau
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan di atas.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati
Selamat Mencuba!
Sumber : Facebook Malaysia Viral Recipe, Malayfoodlicous