Buntu nak masak ayam kunyit, ayam kicap atau ayam berempah? Apa kata gabungkan sahaja tiga menu ini jadikan satu dan terhasil lah Ayam Kunyit Kicap Berempah.
Ayam kicap ada banyak versi. Yang biasa, yang berempah dan banyak lagi. Apa yang pasti, setiap satu darinya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Antara banyak-banyak resipi ayam, yang paling mudah dimasak dan gerenti makan bertambah ialah ayam masak kicap berempah. Kombinasi kicap dan rempah ratus yang digunakan mengundang aroma yang sungguh menyelerakan.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Saudara Ashril ini, ia memberi sedikit kelainan berbanding ayam masak kicap berempah biasa apabila dicampur dengan daun kari. Bukan sahaja enak dimakan dengan nasi putih tetapi nasi beriani atau nasi minyak juga.
Resipi ini sangat mudah disediakan dan sedap sungguh rasanya. Paling penting, kuah masak kicap berempah mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa. Barulah sedap apabila digaul bersama ayam goreng kunyit.
Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.
Resipi Ayam Kunyit Kicap Berempah
Bahan-bahan:
- Ayam
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Bawang merah + bawang putih + halia (kisar)
- Daun kari (banyak)
- Kicap manis
- Sos tiram
Cara-cara Membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian goreng dan asingkan.
2. Tumiskan bahan kisar dan daun kari.
3. Kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram, tumis sehingga kering.
4. Masukkan ayam dan gaul rata.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas dan telur mata goreng. Tak perlu lauk lain dah.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : ASH (Foodhunter) @Ashril_92










