Resipi Sirap Bandung Soda Float Paling Sedap. Sungguh Menyegarkan!

Kali ini kami akan kongsikan resipi air Sirap Bandung Soda Float yang super lazat. Ia merupakan sejenis minuman yang menggunakan aiskrim soda dan dihidangkan juga bersama aiskrim Vanila.

Sirap bandung soda float menjadi kesukaan ramai dan sering dicari-cari di gerai minuman.

Warna merah jambu yang memikat dan rasanya yang sedap lemak manis digemari semua peringkat usia tidak kiralah kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Sebenarnya tidak susah untuk hasilkan air bandung soda float yang istimewa ini. Anda hanya perlu pastikan bahan yang diperlukan cukup dan lengkap.

Bahan-bahannya juga ringkas dan mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Barulah hasilnya sempurna dan sedap seperti yang diinginkan.

Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Sirap Bandung Soda Float

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu kecil sirap ros
  • 2 sudu air gula
  • 1 gelas ais kiub
  • 1 gelas ais cream soda F&N
  • 2 sudu besar susu cair
  • 2 skop aiskrim Vanila

 Cara-cara Membuatnya:

1. Campurkan sirap ros dan air gula ke dalam gelas. Bancuh sebati.

2. Kemudian, tambahkan ais kiub. (Tak perlu tambah air kosong kerana ais akan cair sendiri nanti)

3. Masukkan ais cream soda F&N ke dalam gelas tadi.

3. Tambahkan pula susu cair.

4. Akhir sekali, letakkan 2 skop aiskrim Vanila dibahagian atas sekali

5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Sirap Bandung Soda Float ( Macam Digerai) 2

Anda boleh menganggarkan sendiri rasa manisnya. Jika tidak suka rasa yang terlalu manis boleh kurangkan gula. Ini kerana, aiskrim soda dan aiskrim Vanila sendiri mempunyai rasa manisnya yang tersendiri.

Nota: Ketika bancuh susu dengan aiskrim soda, pastikan anda kacau hingga sebati ye supaya susu tidak berketul-ketul. Nanti nampak tak menarik.

Selamat Mencuba!

Terima kasih kepada empunya gambar dan resipi atas perkongsian ini.

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!