Resipi Air Koktail Buah Campur Paling Sedap. Segelas Memang Tak Cukup!

Lazimnya, koktail adalah minuman buah-buahan campuran yang sudah dipotong kecil dan dimakan bersama campuran susu. Ada juga yang masukkan jelly , sumi dan nata de coco untuk memeriahkan lagi rasanya.

Untuk resipi kali ini, kami akan kongsikan pada anda cara untuk hasilkan air koktail buah-buahan yang sedap dan boleh bikin ketagih. Kalau diminum ketika sejuk-sejuk pasti terasa enaknya.

Air koktail buah-buahan ini sangat sesuai dihidangkan di majlis-majlis keraian seperti jamuan makan, sambutan hari jadi atau boleh juga ketika bersantai bersama keluarga.

Hotel-hotel mewah juga sering jadikan air koktail sebagai dessert untuk dihidangkan kepada tetamu yang menginap di hotel mereka.

Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah.

Selamat mencuba!

RESIPI AIR KOKTAIL PASTI KETAGIH

Bahan-bahan:

  • Satu tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga (kupas kulit & potong dadu)
  • Dua biji buah mangga (potong kiub/dadu)
  • Cincau (disagat memanjang atau potong dadu)
  • Ais

Cara-Cara Membuatnya:

1. Campurkan susu pekat dan susu cair ke dalam bekas. Bancuh bersama 2 cawan air panas.

2. Tambah lagi dua cawan air masak biasa. Kacau rata.

3. Masukkan buah laici tin, bersama airnya sekali.

4. Masukkan pula buah naga yang telah dikupas kulitnya dan dipotong dadu.

5. Kemudian, masukkan buah mangga segar yang telah dipotong bentuk kiub ke dalam bekas campuran buah-buahan lain tadi.

6. Masukkan cincau yang telah dipotong atau disagat memanjang.

7. Boleh mula masukkan ais. Kacau hingga semua bahan bercampur dan sebati.

8. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum minum.

Jika suka makan tanpa ais, boleh terus makan macam tu sahaja kerana campuran buah-buahan tadi telah sedia sedap dan cukup dengan rasa lemak manisnya.

Terima kasih kepada pemilik gambar dan resipi atas perkongsian bermanfaat ini.

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!