Cara Simpan Sayur & Bahan Mentah Agar Kekal Segar Walau Selepas 2 Minggu.

Sayur ni baru je beli 2 hari lepas, tapi dah mula nak layu dan kekuningan. Kena masak semua hari inilah nampaknya.

Mungkin anda pernah alami situasi di ataskan. Sayur yang baru dibeli 2-3 hari dah mula kuning dan layu. Kadang-kadang sayuran dan bahan mentah yang dibeli belum sempat digunakan tetapi dah mula rosak dan terpaksa dibuang kerana sudah tidak segar lagi.

Tambahan  lagi disaat pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang, orang ramai dinasihatkan untuk kurangkan keluar rumah jika tiada keperluan penting. Jadi terpaksalah beli barang dapur dan bahan mentah banyak terus untuk buat stok masak di rumah.

Perasan tak? walaupun sayuran dah disimpan dalam peti sejuk, ia masih boleh menjadi layu dan kurang segar walaupun hanya selepas beberapa hari.

Sebenarnya, ada cara mudah untuk menyimpan sayur dan bahan-bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama. Berikut kami kongsikan tips dan petua yang telah dikongsikan oleh Puan Maslina Misnan. Lengkap dengan langkah-langkah bergambar yang mudah difahami.

Selepas ini, ibu-ibu yang dah biasa beli sayur dan lauk mentah untuk buat stok di rumah tak perlu risau lagi sayur rosak atau lauk dah tak segar. Boleh ikut cara simpan di bawah. Sayuran dan bahan mentah akan kekal segar walaupun selepas 2 minggu di dalam peti ais.

Sayur & Bahan Mentah Kekal Segar Walau Selepas 2 Minggu

Jom ikuti petua dan teknik di bawah..

1. Cara Simpan Sayur-Sayuran

1. Rendam sayur selama 5 hingga 10 minit. Pastikan semua sayur tenggelam.

2. Tambahkan garam untuk mencuci bahan kimia yang yang telah disembur pada sesetengah sayur untuk elakkan serangga perosak. Sementera itu bersihkan juga sayur tersebut.

3. Selepas 10 minit, toskan sayur dalam 5 minit. Kemudian boleh susun dalam box atau bekas kedap udara.

2. Cara Simpan Lauk Pauk Mentah

1. Untuk bahan mentah pula, cuci bersih sotong.

2. Letak gula dalam 1 sudu. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti ais beku. Bila nak masak, cuci bersih terlebih dahulu. Sotong tidak liat apabila dimasak.

3. Bersihkan udang dan buat sama seperti sotong tadi. Letak gula dalam 1 sudu. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti ais.

Cara simpan ikan mentah supaya kekal segar.

4. Siang ikan dan buang isi perut. Boleh potong tapi syaratnya JANGAN BASUH. (petua ikan kekal segar.)

5. Kulit udang pula jangan dibuang. Boleh dijadikan stok air udang untuk merebus dan lain-lain.

Kulit Udang

6. Cara-caranya, rebus kulit udang sampai mendidih dan tunggu sehingga masak.

7. Kemudian, tapis untuk asingkan kulit. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti ais untuk dibuat mee rebus udang atau apa-apa masakan lain.

Selamat Mencuba!

Kredit : Maslina Misnan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!