Muffin Coklat Chip Lembut Paling Senang!! Tanpa Mixer & Tanpa Blander

Untuk penggemar kek cawan atau cup cake, ni resipi kek paling senang untuk anda cuba. Tak perlu guna mixer atau pakai blender. Hanya kacau-kacau pakai whisk pun dah okey. Kek cawan ni sedap buat makan sarapan atau minum petang. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
🧁1 3/4 cwan tepung gandum
🧁1/4 cawan serbuk koko
🧁1 sudu kecil baking powder
🧁1 sudu kecil soda bikabonat
🧁1 cawan gula
🧁1/2 sudu kecil garam
🧁1 biji telur
🧁1/3 cawan minyak masak
🧁1 cawan air
🧁Coklat chip

CARA MEMASAK:

Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat ayak sekali semua
Ok dah siap ayak!
Masukkan gula dan garam. Ketepikan..
Pecahkan telur, masukkan air dan minyak
Whisk bagi sebati lepas tu masukkan ke dalam bahan ayak tadi
Campurkan bahan tadi dengan bahan ayak..kacau sampai sebati. Time ni, nak guna senduk biasa pun boleh.
Ok dah sebati
Masukkan coklat chip..ikot ja banyak mana yang korang suka
Kacau lagi adunan
Masukkan adunan ke dalam cup
Taburkan coklat chip dekat bahagian atas.. tak kesah korang nak tabur banyak mana pun
susun cup dlm loyang
Sekarang dah boleh dibakar.. Sebelum tu panaskan oven dalam 10minit..lepas tu masukkan adunan ke dalam oven selama 20-25minit dengan suhu 170°c api atas bawah..ikut oven masing-masing.
Siap dan sedia untuk dihidangkan

Kredit Resipi & Foto:  Lyn Da II

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!