Cara Masak Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam. Sedap & Tak Berminyak!

Sedapnya makan cekodok pisang lembut panas-panas kan. Yang mana ada pisang masak kat rumah tu, jom cuba resipi cekodok pisang paling senang ni. Resipi perkongsian dari Cik Pooja ini sangat sedap dan gebu. Luaran dia sangat rangup. Paling penting, tak berminyak dan lembut dimakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebat
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
Siap untuk dimakan

INFO:

  1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
  2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
  3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
  4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)

Kredit Resipi & Foto: Cik Pooja

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!