Lemak Berkrim. Resipi Som Som Sagu Ni Memang Terbaik. Lembut Bergedik!

Resipi som-som sagu bergedik lemak berkrim. Perkongsian oleh Puan Mas Cotek yang pastinya sangat sedap dan menyelerakan.

Sajian manisan tradisional ini sesuai dijadikan menu minum petang atau dessert seisi keluarga. Resipinya cukup mudah & gerenti jadi.

Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.

Resipi Som Som Sagu Lembut Bergedik

BAHAN SAGU :

  • 1 cwn sagu
  • 3 cwn air
  • 2 helai pandan
  • sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN :

1. Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau

2. Keluarkan pandan

3. Masukkan sagu

4. Kacau hingga pekat (masa ni sagu masih bermata ikan)

5. Tuang sagu ke dalam bekas kecil

6. Kukus selama 15min sehingga sagu jernih

7. Kemudian, sejukkan sagu.

Nota: Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus. Caranya dengan menambah sukatan air. Kalau tak nak lembik sangat boleh kukus.

BAHAN KANJI SOM-SOM:

  • 1/2 cwn tepung beras
  • 4 cwn santan
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan

2. Masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana

3. Sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye

4. Tuang adunan ke atas sagu tadi.

5. Kemudian, sejukkan.

BAHAN AIR GULA :

  • 1 1/2 cwn air
  • 4 keping gula kerek/melaka (boleh juga guna gula merah)
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 2 helai pandan | disimpul

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan semua bahan

2. Masak api sederhana hingga mendidih

3. Tapis dan sejukkan.

4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Mas Cotek

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!