Air Nenas Soda Paling Sedap & Menyegarkan. Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Air Nenas Soda yang sangat mudah dan ringkas penyediaannya. Hanya perlukan tiga bahan dan minuman lazat ini sedia dihidangkan.

Jus nenas dengan soda ini juga antara resipi minuman yang unik tapi super duper sedap. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas seperti sekarang ni, memang nikmat sungguh kalau dapat minum sejuk-sejuk.

Resipi air sedap lagi terangkat yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini memang padu habis. Punyalah segar rasanya selepas minum air ni. Mana tidaknya, gabungan air nenas dengan soda yang menyengat menjadikan ia gabungan menarik dan sangat sedap.

Ikuti perkongsian oleh Ben Safwan di bawah.

“Fuhhh, Sedapnya! Air nenas soda untuk penghilang dahaga hari ini. Ben sangat suka dengan kualiti produk Hosen. Baik laici atau nenas dalam tin, ada kualiti tersendiri. Mahal sikit takpe.” – Ben Safwan.

Resipi lengkap dan cara-cara membuatnya. Jom cuba!

RESIPI AIR NENAS SODA PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin nenas Hosen (brand lain pun boleh)
  • 1 ½ cawan cawan air soda
  • 5 potongan kecil buah nenas segar

CARA MEMBUAT:

1. Kisar buah nenas segar bersama air soda menggunakan blender.

2. Kemudian tapis air nenas yang telah dikisar tadi menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nenas.

3. Isi jus ke dalam bekas atau jag. Tambahkan nenas tin bersama air sirapnya.

4. Tambah ais secukupnya. Kacau sebati.

5. Ok, Siap. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Tidak perlu tambah gula kerana sirap nenas sudah mempunya rasa manis.

Selamat Mencuba!

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!