Entri kali ini kami akan kongsikan resipi lengkap cara-cara membuat bihun goreng tomyam yang sedap dan umph! memang terbaik hasilnya. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Resipi bihun goreng tomyam ni menggunkan pes cili kering kisar dan pes tomyam sebagai bahan asas utama. Jika ingin rasa yang lebih pedas, boleh lebihkan cili kering, manakala jika nak kurang pedas, tidak perlu banyak menggunakan cili kering semasa proses mengisar.
Boleh juga tambahkan cili padi yang diketuk semasa menggoreng bihun, ikut selera dan tahap kepedasan masing-masing. Jika ingin rasa sedikit masam, boleh juga perahkan limau nipis atau limau kasturi.
Bihun pula boleh digantikan dengan mee, kuew tiaw, spagetti atau sebagainya terpulang kepada citarasa masing-masing.
Anda mesti cuba resipi bihun goreng tomyam yang sangat sedap dan menyelerakan ini. Gerenti tak cukup sepinggan.
Ikuti resipi lengkapnya di bawah.
Resipi Bihun Goreng Tomyam Tersedap
Bahan-Bahan:
Bahan Sos Tumis:
- 2 sudu besar Cili kering yang dikisar
- Gula 1 1/2 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Kicap lemak manis 4 sudu besar
- 3 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 kiub ayam
***Campur semua sos di atas. Bancuhan perencah/ sos ini juga boleh diguna pakai untuk buat mee goreng, kue teow goreng, char kue teow, nasi goreng dan seumpamanya.
Inilah rahsianya supaya masakan anda lebih sedap dan Ummph!
Bahan-Bahan Lain:
- Bihun (rendam dengan air paip selama 20 minit)
- 5 biji bawang merah (cincang)
- 5 ulas bawang putih (cincang)
- 3 batang serai (dititik)
- Udang geragau segenggam-cuci bersih
- Udang segar
- 2 sudu pes thai tom yam
- Sos yang di campur tadi
- Lobak merah-dihiris
- Sayur sawi
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
3. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam dan bancuhan sos tadi (agak-agak) , udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bihun dan gaul rata.
5. Kemudian, masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut
Info: Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili padi. Dalam bihun ini anda boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
Tips Memasak Bihun:
“Jangan rendam bihun terlalu lama dan jangan rendam bihun dengan air panas sebab bihun akan lembik dan hancur.
Guna bihun yang berurat besar sahaja dan kalau nak ikut saya ‘guna bihun jasmin’ sahaja untuk apa apa sahaja masakan yang berasaakan bihun sebab bihun tetap panjang panjang tidak patah atau hancur.
Air yang diperlukan untuk bihun goreng ini sebaiknya guna air masak yang telah sejuk/air mineral sebab ianya tidak akan merosakkan strukture bihun dan bihun jadi cantik.”
Selamat Mencuba!
Sumber: Ida Shahida & Resepi Bonda