Ayam Masak Merah Paling Senang Nak Buat!! Resipi Dari Tukang Masak Kenduri.

Ayam masak merah sering menjadi menu wajib sewaktu kenduri kahwin dan menjadi lauk yang paling ditunggu-tunggu tetamu yang hadir. Kami kongsikan resipi dari seorang pengusaha katering, Pakwan cara memasak ayam masak merah yang paling sedap dan meletop. Rasanya yang pedas-pedas dan masam manis memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, apatah lagi kalau dimakan dengan nasi minyak. Jom cuba.

Resipi Ayam Masak Merah Kenduri

BAHAN UTAMA :
Seekor ayam ( potong 16 bahagian)
-Goreng kunyit dan garam

BAHAN-BAHAN LAIN :
– 1 Senduk Cili Kering Kisar
– 2 Batang Serai diketuk
– 2 Sudu gula pasir
– 1/3 botol sos cili kimball
– 1/3 botol sos tomato kimball
– Sedikit air asam jawa
– Garam

BAHAN-BAHAN KISAR :
– 8 biji bawang besar
– 5 biji bawang holand
– 10 ulas bawang putih
– Sebesar ibu jari halia

*blend semua diatas

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah diblend dan masak sehingga garing.
  2. Masukkan satu senduk cili kering kisar dan 2 batang serai diketuk.
  3. Masukkan 2 sudu gula pasir , 1/3 botol sos cili kimball dan 1/3 botol sos tomato kimball, setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan

TIPS: Untuk mencantikkan rupa ayam masak merah, tambahkan gula semasa menumis cili kering, ini menjadikan ayam masak merah nampak lebih menarik dan berkilat .

Kredit Resipi & Foto : Pakwan Katering

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!