“Nak masak lauk apa ye hari ni. Hmm teringin nak cuba resipi nasi arab tapi susah tak?”
Sebut saja nasi arab, mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan.
Tak banyak restoran atau kedai yang menjual nasi arab ni. Kadang-kadang bila teringin, tak tahu mana nak cari kan.
Bagi penggemar nasi arab, boleh cuma masak sendiri di rumah ikut resipi yang bakal kami kongsikan ini. Sangat mudah dan rasanya sangatlah sedap.
Walaupun nampak macam rumit, tapi nak membuatnya tu sebenarnya senang sahaja. Jadi apa kata cuba buat sendiri nasi arab ini di rumah. Resipi lengkap siap dengan cara membuat sambal salsa dan salatoh.
Jom ikuti resipi nasi arab simple tapi sedap oleh Puan Marina Ismail di bawah.
RESIPI NASI ARAB PALING MUDAH
Bahan Rebusan:
3 – 4 potong ayam – (kak M guna whole leg)
4 mangkuk air besih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
½ camca jintan manis biji
½ camca lada hitam biji
Bahan Lumur:
Madu secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Bahan untuk tumis:
11/2 mangkuk basmathi
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca lada hitam biji
1 helai daun pandan
Cara-cara Memasak :
Rujuk cara masak bergambar (step-by-step) di bawah.
1. Rebus semua bahan selama 30 minit. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Pastikan cukup rasa ya. Sebab Nasi arab ni tak banyak lauk jadi nasi kena cukup rasa.
2. Dah 30 minit. Tutup api dan keluarkan ayam.
3. Lumur ayam dengan madu dan kunyit. Biar sekejap.
4. Sementara tu tumiskan daun pandan, ketumbar, jintan manis dan lada hitam dengan sikit minyak hingga naik bau.
5. Masukkan beras basmathi tadi dan tumis lagi 1 minit. Matikan api.
6. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi dan masukkan air rebusan.
7. Susun ayam tadi bahagian atas.
8. Masak nasi guna rice cooker macam biasa hingga masak.
9. Dah siappp. Boleh matching dengan sambal nasi arab @ salsa dan salatoh. Mabless!!
Resipi Salsa/sambal arab:
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
***(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Resipi Salatoh:
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde😂)
***Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Marina Ismail