Kuih donut sentiasa menjadi tarikan dan kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Walaupun nampak mudah untuk membuatnya, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut.
Terutamanya bagi yang first timer, tentu agak sukar hasilkan donut yang betul-betul sedap dan lembut seperti yang diinginkan.
Antara problem yang paling kerap berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.
Jadi kali ini, kami akan kongsikan resipi donut yang paling senang untuk anda cuba. Resipi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut dan gebu. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.
Yang paling best, resipi ini Simple sangat dan boleh masukkan cheese lagi sebagai inti. Sangat mengancam bukan! insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi bila ikut resipi ni.
Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah.
RESIPI DONUT BALL CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu tea baking powder
- 1 peket mauripan
- 500 ml air suam
- 2 sudu tea susu pekat
- 1 senduk majerin
- 1 sudu tea garam
- 24 keping cheese dibelah dua
CARA PENYEDIAAN:
1. Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A di atas, uli dalam 10minit masukan margerin uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.
4. Selepas setengah jam tumbuk adunan untuk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kemudian masukkan cheese. Boleh la terus digoreng sehingga keperangan.
5. Selepas itu tabur gula icing.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: La’ Dolce Resepi