Cara Buat Nasi Air Golok Thai Tersedap. Resipi Lengkap Gerenti Jadi!

Resipi asal nasi air Golok @ Thai ini telah dikongsikan oleh Riyn Nisrien. Menurutnya, jika beliau pulang ke kampung pasti akan menikmati nasi air hasil dari air tangan orang Thai itu sendiri. Kali ini, beliau cuba buat sendiri di rumah dan tak sangka kali pertama buat pun sudah menjadi! Suaminya juga puji sedap dan siap bertambah. Ikuti resipi lengkap dan ringkas di bawah.

Resipi Nasi Air Golok @ Thai Tersedap

Bahan-bahan:

  • Beras nasi air/beras hancur
  • Isi ayam
  • Serbuk lada merah
  • Bawang goreng
  • Ikan bilis
  • Minyak bawang putih
  • Daun sup
  • Serbuk lada hitam
  • Telur masak separuh

Cara-cara:

  1. Kuantiti beras terpulang pada masing-masing. Bergantung pada kuantiti yang hendak dibuat. Kuanti air juga agak-agak sahaja.
  2. Rebus ayam bersama nasi atau boleh rebus asing.
  3. Bila dah menjadi nasi air atau bubur, tambahkan garam dan gula sikit. (nak bagi ada rasa je, bukan secukup rasa sebab nanti akan makan dengan bahan-bahan lain)
  4. Goreng bawang putih dalam minyak untuk membuat minyak bawang putih.
  5. Serbuk lada yang dah dibeli siap. Boleh juga guna cili flakes yang diblender kering.
  6. Telur tu buat separuh masak.
  7. Bahan-bahan lain boleh rujuk gambar ye.
  8. Boleh buat sendiri atau beli.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Riyn Nisrien

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!