Ayam Bakar Madu Western Terlampau Sedap! Ini Cara Membuatnya.

Resipi Ayam bakar madu western ini dikongsikan oleh Saudara Ben Safwan di laman Facebook. Rasanya memang sangat sedap, lagi-lagi kalau diratah makan macam tu je. Menurut Ben Safwan, dia terpaksa bakar kali kedua kerana tak cukup sebab terlampau sedap sangat. Jom lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan :

  • 2 ketul isi peha/dada ayam
  • 1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering
  • 1 sudu makan madu /maltosa untuk ayam berkilat/manis
  • 1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas
  • 1 sudu teh garam bukit
  • 1/2 sudu makan setiap jenis Thyme, Parsley dan Basil.

Cara Penyediaannya:

  1. Basuh bersih ayam dan cucuk ayam dengan pisau serta kelarkan supaya perasa masuk ke dalam isi.
  2. Gaul sebati dan ratakan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap.
  3. Bakar dalam AF – Air Fryer dengan rahsia tetapan ini untuk dapatkan hasil cantik,ayam masak elok.
  4. 20 minit pertama suhu 170’C untuk kali pertama
  5. Terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 170’C untuk kali kedua
  6. Tak perlu terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 140’C supaya betul-betul masak hingga ke tulang.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Pastinya sangat berbaloi bila dimakan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Ben Safwan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!