Resipi Pasta Tomyam Tersedap. Simple & Mudah Nak Masak!

Pasta Tomyam Alfredo memang sangat sedap dan menyelerakan. Makanan yang berasal daripada Itali ini mudah sahaja untuk disediakan. Pasta Tomyam Alfredo ini sangat sesuai untuk dijadikan makan malam atau pun dihidangkan ketika majlis-majlis keraian. Jom lihat cara-cara membuatnya.

Resipi Pasta Tomyam Alfredo

Bahan-bahan :

  • Bawang besar setengah
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili api merah 1biji ikut kepedas korang
  • (Cincang halus guna chopper diy yang tarik-tarik tu senang)
  • Minyak zaiton
  • Cendawan shitake 1pack
  • Susu full cream ikut nak kuah banyak mana
  • Paste tomyam pahah guna adabi 1/2peket
  • Udang ikut nak sorang berapa ekor
  • Maggi cukup rasa
  • Daun limau purut
  • Pasta
  • Cheese
  • Cili flakes

Cara Memasak :

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api dengan minyak zaiton.
  2. Dah naik bau masukkan cendawan. Masukkan susu. Masukkan paste tomyam. Masukkan udang.
  3. Kemudian masukkan pasta. Maggi cukup rasa.
  4. Masukkan pula daun limau purut, tabur cheese dan cili flakes.
  5. Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Farhah Jamaluddin

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!