Cara Buat Kek Coklat Moist Kukus Lembut Basah-Basah. Resipi Sukatan Cawan Gerenti Jadi!

Kek coklat kukus merupakan salah satu kek yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja amat mudah untuk dibuat, malah bahan–bahannya juga mudah untuk didapati.

Entri kali ini, kami akan kongsikan resipi kek coklat moist kukus yang amat mudah untuk anda sediakan di rumah. Selain dari rasanya yang lazat, kejadiaannya juga sungguh menyelerakan.

Cara memasaknya sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Tetapi hasilnya, kek sangat lah lembut basah-basah dan moist je.

Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah.

Resipi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan :

– 1 cwn serbuk koko
– 1 cwn susu pekat
– 1 cwn susu cair
– 1 cwn gula
– 1 cwn minyak
– 3 biji telur

**Semua bahan kat atas masukkan dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit.

Kemudian, boleh mula panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan-bahan Ayak :

– 1 1/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu kecil baking powder

Cara Memasak :

1. Adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung (bahan2 Ayak).

2. Kaup@kacau balikkan.

3. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana.

4. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk Topping Coklat Moist

Double boil coklat beryls campur minyak @ butter @ fresh milk. Mana2 pun boleh. Agak-agak je sukatan dia.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi Asal: Nor Juliana Isa
Kredit Foto: Nor Ain Nordin

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!