Resipi Som Som Sagu perkongsian dari opah Mas Cotek ni memang terbaik. Sememangnya sangat sedap dan menyelerakan.
Sajian manisan tradisional ini sesuai dijadikan menu minum petang atau sebagai dessert seisi keluarga. Boleh juga dijadikan hidangan kuih-muih untuk berbuka puasa.
Resipinya cukup mudah & gerenti jadi. Jom cuba buat sendiri di rumah. Memang puas hati.
RESIPI SOM SOM SAGU GULA MELAKA
BAHAN SAGU:
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit pewarna merah @ sirap
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna merah. Kacau sebati.
2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. (Masa ni, sagu masih bermata ikan)
3. Kemudian, boleh padam api dapur. Tuang sagu ke dalam bekas kecil.
4. Kukus selama 15 minit atau sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan seketika.
BAHAN KANJI SOM-SOM:
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan di atas dalam periuk. Kacau dulu biar sebati semua bahan.
2. Kemudian, masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak bahan kanji ini berketul-ketul.
3. Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi.
4. Sejukkan seketika.
BAHAN AIR GULA:
- 1 1/2 cawan air
- 4 keping gula kerek/melaka
*boleh juga guna gula merah - 1/4 cawan gula pasir
- 2 helai pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila nak makan.
3. Siap!
Sedia untuk dinikmati.
Selamat Mencuba!
Kredit resipi & foto: Mas Cotek