Bubur Ayam Homemade Paling Simple & Senang Nak Buat

Jom masak Bubur Ayam homemade yang paling simple ni. Resipi dari Puan Ana Mariana Ismail ni memang mudah je nak buat. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas sahaja. Hasilnya memang sangat sedap. Baby 8 bulan ke atas pun boleh makan.

BAHAN-BAHAN:
2 pot beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
Kiub pati ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
1 inci halia – diketuk

CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dgn halia & kiub ayam smpai jadi bubur. Jika air nampak nak kering sangat, tambah lagi hingga menjadi bubur.

2. Kemudian masukkan lobak merah & isi ayam. Isi ayam ni kalau suka boleh simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan nanti.

3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) dan garam secukup rasa.

4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing sikit jer. Jangan hangit ye.

5. Kemudian tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur.

6. Kacau sebati

7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit Resipi & Foto : Ana Mariana Ismail

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!