Teringin nak makan pulut kuning tetapi tercari-cari resepi yang mudah untuk dimasak? Haa ni dia…resipi pulut kuning simple perkongsian dari saudari Nazra Queen. Ni resipi yang admin rasa paling senang nak buat. Pulut tak perlu dikukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau dimakan dengan rendang atau sambal tumis ikan bilis, perghh…memang terangkat!
RESIPI PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
7. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nazra Queen