Ayam Bakar Madu Pasar Malam Paling Senang. Hanya Guna 4 Bahan!

Resipi ayam bakar madu paling senang nak buat! Yang malas pun jadi rajin kalau tengok resipi perkongsian Puan Nur Alieya ni. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Jom cuba!

RESIPI AYAM BAKAR PASAR MALAM SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Serbuk cili (Brand BABAS)
  • Garam
  • Gula @ madu
  • Ajinamoto (jika suka)

Cara-cara:

  1. Kacau semua bahan hingga menjadi pes. (dengan sedikit air)
  2. Perap ayam 5-6 jam, lagi lama lagi sedap.
  3. Bakar separa masak, celupkan semula dalam perapan tadi. Sambung bakar balik sehingga masak. Ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi :‎ Nurul Alieya

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!