Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Coklat Ganache’ Supaya Permukaan Kek Licin & Cantik !

Tahukah anda apa itu coklat ganache? Apa fungsi sebenar coklat ganache?

Jika anda pernah makan kek yang permukaannya dilapisi topping coklat lembut dan berkilat licin, Coklat itulah yang dinamakan Coklat Ganache.

Ganache memiliki pelbagai fungsi seperti hiasan ataupun menyalut kek atau penambah perasa kepada puding atau kek. Selain menggunakan dark coklat dan milk coklat, white coklat juga boleh digunakan. Coklat ganache ialah krim coklat yang halus dan lembut.

Mungkin ramai yang dah cuba membuat coklat ganache untuk menyalut permukaan kek supaya nampak licin sempurna tetapi hasilnya tetap tidak seperti yang diinginkan.

 Jadi, kali ini kami akan kongsikan pada anda cara yang betul membuat Coklat Ganache supaya permukaan kek licin dan cantik.

Khas untuk mereka yang sering gagal untuk membuat coklat ganache, Jom ikuti perkongsian lengkap Puan Norlailanazira Mohd Agos di bawah.

Harini saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua cara saya buat ganache. Biasa saya guna untuk Indulgence dan Choc Moist. Yang belum pernah buat, kena fahamkan betul-betul sebelum buat. Mula-mula mungkin kurang kemas hasil curahan tu tapi kalau dah buat banyak kali mesti kita tahu kat mana kita perlu baiki.

Okey jom kita mula.

Norlailanazira Mohd Agos

Cara Buat Coklat Ganache Supaya Permukaan Kek Licin & Sempurna

Ni contoh bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan ganache. Sila pilih salah satu. Ni semua contoh bahan yang boleh digantikan kalau tak ada bahan macam yang saya guna.

1. Dark Compound – Boleh guna jenis bar atau coin.

2. Buttercup – Boleh je gantikan dengan marjerin Pelangi atau apa-apa marjerin. Kalau nak guna pure butter pun boleh tapi pakai marjerin je sudah. Fungsi dia untuk bagi ganache tu berkilat.

3. Susu Full Cream – Okey yang ni boleh pilih salah satu asalkan dia susu. Sebenarnya susu segar, susu sejat ataupun whipping cream Anchor tu pun boleh guna. Ikut bajet anda. Sukatan untuk setiap susu yang digunakan juga berbeza sebab kepekatan setiap jenama tu tak sama. Yang ni kena pandai adjust sendiri

Sukatan ganache yang saya guna untuk salut 1 biji Indulgence 9inci dan 2 biji Indulgence 7inci ialah:

  • 400g dark compound
  • 200ml susu full cream (Saya guna brand Dutch Lady)
  • 1 sudu besar buttercup

1. Okey ini memang bahan yang saya guna. Tapi susu full cream tu kadang saya belasah je jenama apa-apa janji full cream. Sebab jenis macam dalam gambar tu (Full Cream Dutch Lady) tak semua kedai ada jual. Rasa macam professional sangat tau kalau guna brand Dutch Lady ni.

2. Didihkan air dalam periuk, lepas tu tutup api. Letakkan bowl yang berisi coklat dan buttercup. Bowl mesti lagi besar dari periuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air yang mendidih tadi. Ok harap semua faham ya.

3. Kacau dia bagi dia cair macam dalam gambar.

4. Masukkan susu full cream. Okey part ni kena banyakkan bersabar. Kacau dengan lemah lembut. Bagi dia betul-betul sebati.

5. Agak dah menyirap dia masih berketul lagi, apa susah ambil jug lepas tu letak penapis. Apa lagi tapislah dia.

6. Okey sedia untuk digunakan. Dia mesti tak pekat sangat, tak cair sangat sedang elok je.

7. Ni hasil lepas siap curah. Saya terus ambil gambar.

8. Kalau nak tulis, kena biarkan ganache set dulu at least 1 jam. Kalau lepas curah terus tulis memang tenggelamlah tulisan tu.

9. Okey ini hasil dari 400g dark choc tadi. Kalau awak baru nak belajar, rasanya ganache memang banyak guna sebab tak reti nak agak lagi. Tapi tak apa, practice makes perfect! Good Luck.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Norlailanazira Mohd Agos

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!