“Oh tidak!.. Hangit pulak lauk aku ni. Ingat tadi nak biar lama sikit, dah terlupa terus nak tutup api. Hitam legam jadinya. Apa cara hilangkan kerak hitam kuali hangus ni ya?”
Haa… Situasi di atas memang biasa berlaku. Kadang-kadang masak tak pernah hangus pun, tapi masih ada kesan hitam pada kuali atau periuk kan?
Jangan risau, ini ada petua dan tips mudah untuk hilangkan kerak kuali dengan menggunakan bahan masak di dapur sahaja. Anda juga tidak perlu bersusah nak sental kuat-kuat. Jimat masa dan tenaga.
Ikuti perkongsian di bawah. Memang berkesan!
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Kulit Ubi Kentang
- Garam

Cara Mudah Hilangkan Kesan Kuali Hangus
Langkah 1: Letakkan kulit kentang dan garam di dalam kuali yang hangus tersebut.
Langkah 2: Kemudian letakkan air sehingga memenuhi kuali. Didihkan hingga air betul-betul menggelegak. (Lebih kurang dalam 5 minit)

Langkah 3: Buang air panas mendidih tadi dan biarkan kuali sejuk seketika. Cuci kuali macam biasa tanpa perlu sental dengan kuat.
Hasilnya kuali anda akan kelihatan berkilat semula macam baru.
Selamat Mencuba!
Kredit Foto : Sutra Indayanti