Siapa yang ‘hantu’ Tomyam pasti inginkan tomyam yang kuahnya pekat dan kaww. Masakan yang berasal dari negara Thailand ini sudah menjadi tarikan istimewa dan kegemaran rakyat di Malaysia juga.
Tomyam sangat sesuai untuk dijadikan lauk semasa makan tengahari ataupun makan malam. Malah, kalau nak makan macam tu saja tanpa nasi pun memang sedap.
Kebiasaan tomyam yang kaww ini banyak dijual di kedai makan Thai atau restoran Siam. Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakkan kedai tomyam menggunakan paste tomyam untuk hasilkan rasa tomyam yang betul-betul sedap, kaww dan menyelerakan.
Paste tomyam yang seperti dalam gambar di atas memang banyak dijual di pasaran. Namun ianya mempunyai pelbagai jenama.
Rasa untuk setiap paste tomyam juga berbeza. Jadi, kena pastikan anda memilih paste tomyam yang betul supaya masakan tomyam anda menjadi lebih sedap dan kaww seperti yang diinginkan.
Jom ikuti perkongsian lengkap dari Puan Zatty Roslan tentang pemilihan paste tomyam yang paling sedap di bawah.
Ini review ikhlas. Saya bukan penjual
Puan Zatty Roslan
Paste Tomyam Paling Sedap. Bekas Nampak Sama, Tetapi Lain Rasa & Jenama
1. Paste Tomyam Jenama Tulisan Thailand
“Yang ini tahun lepas memang susah nak cari dekat Padang Besar. Diaorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1 kedai ke 1 kedai dan ada 2 botol sahaja. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu.
Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua bahan tu. Tapi sis masak tak letak pun, letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat.” – Zatty Roslan
2. Paste Tomyam Jenama Nang Fah
“Perhatikan bulat kecil tu. Yang kedua paling sedap sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi.
Cara masak pun sama. Letak semua tak payah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam, sedap dan boleh kurangkan masam dia skit sebab kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.” – Zatty Roslan.
3. Paste Tomyam Jenama PUM
“Perhatikan yang bulat kecil tu. Yang ini kurang sedap. Dan banyak orang review masak-masak guna paste ni. Mungkin kat tempat diaorang ada jenama ni je kot.
Yang brand Pum ni memang korang kena tambah bahan lain. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum ini. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan banyak lagi.
Tulis resipi kat sini nanti panjang pula. Paste ini memang berlambak dekat Padang Besar. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan dua yang di atas tadi.” -Zatty Roslan
Semoga bermanfaat!
Kredit: Zatty Roslan